Tentang Wareesan Management

Wareesan Management Pte Ltd merupakan anak syarikat Warees Investments Pte Ltd. Teras utama perniagaannya adalah menguruskan penggalian dan pengebumian semula tinggalan jenazah bagi masyarakat Islam Singapura. Objektif utamanya ialah untuk menguruskan ruang tanah secara optimum dan menyediakan khidmat nasihat dan sokongan kepada ahli waris.