

PENGGALIAN KUBUR DI BLOK
23, 24, 25, 26, N-429, N-1-1 & N-1-2
DI TANAH PERKUBURAN ISLAM CHOA CHU KANG (PUSARA ABADI) [FASA 10]

Kubur Utama (Kubur Terjejas)
- Penuntut harus ada sekurang-kurangnya satu ahli keluarga yang dikebumikan di dalam Blok 23, 24, 25, 26, N-429, N-1-1 & N-1-2.
- Kerajaan akan menanggung semua kos penggalian dan pengebumian semula.
- Jika terdapat bantahan bertulis yang dikemukakan kepada MUIS oleh mana-mana ahli keluarga yang tidak dapat diselesaikan, tuntutan tersebut akan dibatalkan dan sisa jenazah akan digali sebagai tidak dituntut (bermaksud penggalian akan diteruskan tanpa sebarang tuntutan daripada keluarga).


Kubur Tambahan (Kubur Tidak Terjejas) Di Luar Blok 23, 24, 25, 26, N-429, N-1-1 & N-1-2.
- Tempoh pengebumian minima selama 15 tahun sebelum tarikh tutup pendaftaran.
- Mayat Tambahan harus mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Mayat Utama berdasarkan ilustrasi di bawah.
- Bayaran tidak dikembalikan sebanyak $80 (sebelum GST) bagi setiap kubur akan dikenakan.
- Sekiranya ada ahli keluarga mengemukakan bantahan bertulis kepada MUIS berkenaan pendaftaran atau penggalian Kubur Tambahan, pendaftaran tersebut akan dibatalkan dan penggalian tidak akan diteruskan.


Registration of Graves
- Pendaftaran akan bermula pada hari Selasa, 10 Jun 2025, 9.00 pagi.
- Penuntut bertanggungjawab untuk mendapatkan persetujuan daripada semua ahli keluarga dan saudara-mara sebelum meneruskan tuntutan.
- Penuntut digalakkan untuk mendaftar secara dalam talian menggunakan Singpass melalui lelaman web www.pusara.sg untuk menuntut sisa jenazah waris terdekat mereka.
- Bagi Penuntut yang tidak dapat mendaftar dalam talian, janji temu boleh dibuat melalui lelaman web kami untuk mengunjungi Pejabat Penggalian Tanah Perkuburan Islam (MCEO) yang terletak di 7 Muslim Cemetery Path 3, Singapura 718773 (bersebelahan Masjid Pusara Aman).
- Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran:
- ✔ Kad Pengenalan (NRIC) Penuntut
- ✔ Salinan Sijil Kematian atau Pengebumian (untuk Kubur Tambahan sahaja)
- ✔ Kebenaran Bertulis daripada ahli keluarga kandung jika berkenaan (untuk Kubur Utama sahaja)
- ✔ Dokumen sokongan, termasuk dokumen undang-undang bagi anak angkat, diperlukan jika berkenaan.
- Semua pendaftaran tuntutan mesti mematuhi Terma dan Syarat* semasa oleh MUIS serta segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh NEA berkenaan penggalian dan pengebumian semula kubur.
*Terma dan Syarat tersedia di lelaman web
- Pendaftaran awal tidak menjamin tarikh penggalian yang lebih awal, kerana jadual penggalian ditentukan berdasarkan keperluan operasi.
- Pendaftaran akan ditutup pada hari Selasa, 9 Jun 2026.


Pengesahan Kubur
- Kubur Utama: Kubur akan disahkan melalui pengenalpastian gambar yang disediakan semasa pendaftaran.
Untuk pendaftaran dalam talian, Penuntut boleh menjadualkan janji temu melalui www.pusara.sg untuk pengesahan kubur secara fizikal di MCEO jika perlu.
- Kubur Bayi dan ‘Sub-plot’: Penuntut perlu melawat tapak kubur untuk pengesahan.
- Kubur Tambahan: Untuk tuntutan Kubur Tambahan (kubur yang tidak terjejas) bersama Kubur Utama, janji temu di MCEO (boleh dibuat melalui lelaman web kami) diperlukan untuk pengesahan dokumen dan bayaran yuran.


Penggalian dan Pengebumian Semula
- MUIS akan menjadualkan dan memaklumkan kepada Penuntut mengenai tarikh penggalian semula melalui e-mel dan SMS kemudian.
- Penuntut dan ahli keluarga harus memaklumkan kepada MUIS sekiranya mereka ingin menyaksikan proses penggalian, sama ada secara penuh atau sebahagian.
- Jika tidak dapat hadir, Penuntut boleh mewakilkan ahli keluarga yang lain atau MUIS untuk bertindak bagi pihak mereka melalui Kebenaran Bertulis. Untuk sebarang perubahan, sila maklumkan kepada MUIS di talian 6238 4504 atau info@pusara.sg, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh penggalian.
- Penuntut akan menerima dokumen pengebumian semula daripada pihak MUIS yang menyatakan nombor blok dan plot yang baharu.
- Sisa jenazah akan dikebumikan semula mengikut garis panduan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)*:
- 8 jenazah dalam satu plot bagi kubur yang dituntut.
- 16 jenazah dalam satu plot bagi kubur yang tidak dituntut.
(*) tertakluk kepada saiz sisa jenazah