Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Tuntutan

  1. MUIS berhak untuk meminta dokumen sokongan yang berkaitan penggalian kubur, termasuk tetapi tidak terhad kepada Kad Pengenalan (NRIC) Penuntut, Sijil Kematian atau Pengebumian si mati, atau apa-apa dokumen lain.
  2. MUIS berhak untuk menggunakan dan berkongsi maklumat yang diberikan oleh saya (termasuk data peribadi seperti yang ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2012) dengan agensi kerajaan lain atau entiti bukan kerajaan yang diberi kuasa untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan dengan kerja-kerja penggalian dan pengebumian semula, melainkan dilarang oleh undang-undang.
  3. Untuk kubur yang terletak di Blok 23, 24, 25, 26, N-429, N-1-1 dan N-1-2 di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang (“Kubur Utama” dan setiap “Kubur Utama”), sekiranya terdapat bantahan bertulis daripada ahli keluarga, tuntutan akan dibatalkan dan si mati (“Mayat Utama”) akan digali sebagai tidak dituntut (bermaksud penggalian akan diteruskan tanpa sebarang tuntutan daripada keluarga).
  4. Untuk pendaftaran tuntutan bagi (“Mayat Tambahan”) yang digali dari kubur selain Kubur Utama (“Kubur Tambahan”), Mayat Tambahan mestilah telah dikebumikan selama sekurang-kurangnya 15 tahun sebelum tarikh tutup pendaftaran.
  5. Mayat Tambahan harus mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Mayat Utama seperti berikut: (i) datuk dan nenek atau datuk dan nenek di pihak suami / isteri, (ii) ibu dan bapa atau mertua, (iii) adik beradik atau ipar duai, (iv) anak, cucu atau anak dan cucu menantu, (v) suami, isteri dan (vi) (besan) ibu bapa mertua anak-anak.
  6. Bagi penggalian setiap Mayat Tambahan, bayaran tidak dikembalikan sebanyak $80 (sebelum GST) setiap kubur hendaklah dibayar kepada Wareesan Management Pte Ltd. Salinan Sijil Kematian atau Pengebumian bagi Mayat Tambahan atau ekstrak pengebumian dari Pejabat Tanah Perkuburan Choa Chu Kang NEA dengan bayaran $20 (termasuk GST) perlu dikemukakan kepada MUIS.
  7. Sekiranya ada ahli keluarga mengemukakan bantahan bertulis berkenaan pendaftaran atau penggalian Kubur Tambahan, pendaftaran tersebut akan dibatalkan dan penggalian tidak akan diteruskan.
  8. Saya bertanggungjawab untuk mengesahkan maklumat mengenai kubur yang dituntut dalam borang ini secara dalam talian atau di lokasi, dan memastikan ketepatannya.
  9. Saya akan mematuhi jadual dan waktu yang ditetapkan oleh MUIS supaya tidak menjejaskan penggalian kubur lain dan jadual keseluruhan penggalian.
  10. MUIS berhak untuk menjadualkan semula tarikh penggalian kepada tarikh yang lain untuk memenuhi keperluan operasi.
  11. Pada hari penggalian, jika saya tidak dapat menyaksikan mana-mana proses penggalian dan pengebumian semula, saya akan memberikan kebenaran bertulis bagi pihak MUIS untuk meneruskan proses bagi pihak saya kepada Pegawai Khidmat Pelanggan (CSO) di MCEO.
  12. MUIS berhak untuk menangguhkan sementara kerja penggalian jika berlaku Amaran Kilat Kategori 1 demi keselamatan atau cuaca buruk, atau kerja penggalian ditangguhkan kepada hari yang lain jika cuaca buruk.
  13. MUIS dan/atau kontraktor atau ejennya boleh menjalankan sebarang kerja yang perlu untuk pelaksanaan yang lancar bagi kerja penggalian dan pengebumian semula.
  14. Saya akan terikat dengan Terma dan Syarat semasa yang ditetapkan oleh MUIS serta peraturan dan undang-undang sebagaimana yang ditetapkan oleh NEA berkaitan penggalian dan pengebumian semula kubur, di mana tiada monumen atau struktur kekal dibenarkan untuk didirikan di atas kubur yang telah dikebumikan semula. Pendirian pagar, penamanan pokok/pokok renek dan peletakan semua bahan lain di atas dan sekitar kubur yang telah dipindahkan semula, termasuk penyimenan pada kawasan berumput di antara kubur yang telah dikebumikan semula adalah dilarang sama sekali.
  15. Terma dan Syarat ini ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Singapura.
  16. Jika mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, ia dianggap sebagai terhapus, tetapi tidak menjejaskan kesahihan dan kebolehkuatkuasaan bahagian lain Terma dan Syarat ini.

Maklumat yang diberikan di atas adalah benar setakat pengetahuan saya. Saya telah menjalankan usaha wajar untuk memastikan tiada bantahan daripada ahli keluarga atau saudara mara berhubung tuntutan ini. Saya bersetuju untuk melindungi dan melepaskan NEA, MUIS dan Wareesan Management Pte Ltd daripada sebarang tindakan undang-undang, tuntutan, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau kos yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada penggalian si mati seperti yang dikenalpasti dalam borang ini. Saya juga dengan jujur mengisytiharkan bahawa segala kenyataan dalam borang ini adalah benar sepenuhnya.

 Saya faham dan bersetuju bahawa sekiranya saya didapati memberikan maklumat palsu dengan sengaja, MUIS akan menyiasat dan jika perlu, mengambil tindakan undang-undang. Pendaftaran akan dibatalkan dan penggalian tidak akan diteruskan jika maklumat palsu diberikan.